KUCHING: Satu jawatankuasa khas yang bakal dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof bertujuan menstabilkan harga barang di Sabah, Sarawak dan Labuan akan meneliti secara holistik program kerjasama dengan kerajaan negeri dalam menangani isu berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menjadi urus setia bagi jawatankuasa khas itu yang turut melibatkan kementerian lain serta wakil daripada kerajaan Sarawak, Sabah dan Perbadanan Labuan.
"Mungkin ada barangan tertentu yang (kerajaan) negeri berhasrat untuk secara terus dapat bekalan dari luar (negara), jadi (kerajaan) Persekutuan akan memudah cara bantuan, termasuklah untuk mempertimbangkan peruntukan tambahan yang perlu," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kenderaan Angkatan Pertahanan Awam Sarawak 2023 di sini hari ini.
Armizan yang juga Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata buat masa ini, kerajaan telah menggerakkan dua program khusus yang memberi fokus kepada penyeragaman harga barang di wilayah Borneo, iaitu program penyeragaman harga pelabuhan ke pelabuhan serta program pengedaran barang perlu melalui "community drumming".
Dalam pada itu, Armizan berkata isu logistik tidak sepatutnya dijadikan alasan yang mengakibatkan keperluan harian serta barangan basah seperti ayam di Sabah, Sarawak dan Labuan dijual dengan harga tinggi berbanding di Semenanjung, memandangkan negeri di Borneo mempunyai ladang ternakan ayam sendiri.
"Jadi difahamkan ada isu-isu lain contohnya bekalan makanan untuk ayam yang terpaksa import dari luar (mengakibatkan daging ayam dijual pada harga tinggi) ... kita perlu lihat (cara lain) untuk menangani isu ini khususnya melibatkan keperluan harian masyarakat," katanya.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berucap pada Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan 2023 di Penampang, Sabah meminta Fadillah yang juga Pengerusi Majlis Pelaksanaan Tindakan Perjanjian Malaysia 1963 mengkaji isu harga barang yang tinggi di wilayah Borneo.
Perdana Menteri turut memberi jaminan untuk menangani perkara itu dengan baik termasuk memberi suntikan peruntukan subsidi supaya boleh menurunkan harga barang yang tinggi seperti ayam dan beras terutama di Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2023
Armizan berkata, KPDN akan menjadi urus setia bagi jawatankuasa khas itu yang turut melibatkan kementerian lain serta wakil daripada kerajaan Sarawak, Sabah dan Perbadanan Labuan. - Gambar fail
ME 20/2024 peningkatan kes sebanyak 14.8%
Di Malaysia, pada ME 20/2024 iaitu pada12 Mei hingga 18 Mei 2024 sebanyak 1,230 kes COVID-19 dilaporkan, ia merupakan peningkatan sebanyak 14.8% berbanding ME 19/2024.
Suka kongsi hal peribadi di media sosial, mungkin alami FOMO
Mereka yang terlalu berkongsi hal-hal bersifat peribadi tentang kehidupan di media sosial mungkin mengalami sindrom FOMO (fear of missing out) atau 'ketakutan kehilangan' sesuatu peristiwa, perkembangan semasa dan masa kini di media sosial.
Menurut anggota Lembaga Kaunselor Malaysia Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor, sindrom tersebut berpotensi memberi gangguan kepada emosi pengguna media sosial sekiranya tidak dikendalikan dengan baik.
Menurut anggota Lembaga Kaunselor Malaysia Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor, sindrom tersebut berpotensi memberi gangguan kepada emosi pengguna media sosial sekiranya tidak dikendalikan dengan baik.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter Presiden Iran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berjalan jauh, tidak dibenar duduk cabaran unit peronda TH
Berjalan kaki sehingga lapan kilometer sehari dan sebahagian besar masa dihabiskan dalam cuaca panas melebihi 40 darjah celsius sudah menjadi rutin kepada anggota Unit Pasukan Peronda Tabung Haji (TH) setiap kali musim haji tiba.
Helikopter Presiden Iran terhempas, apa selepas ini?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff mengulas berkenaan impak politik terhadap Iran susulan nahas helikopter yang meragut nyawa Ebrahim Raisi.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Ebrahim Raisi, semua penumpang maut
Seorang pegawai kerajaan Iran memaklumkan bahawa helikopter yang hilang itu ditemui 'terbakar sepenuhnya'.
TERAJU, Yayasan Peneraju, Ekuinas diberi peranan khusus dalam ekosistem keusahawanan Bumiputera - Rafizi
Inisiatif penjajaran semula ini juga dilakukan susulan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12.
Mahkamah keluar perintah larangan bersuara terhadap Che'gu Bard
Hakim, Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pendakwaan untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak permohonan perintah larangan itu.
Nahas Helikopter: Ebrahim Raisi dan semua penumpang maut
Presiden Iran Ebrahim Raisi dilaporkan meninggal dunia selepas helikopter dinaiki beliau terhempas di kawasan pergunungan di barat laut Iran.
Siapa Mohammad Mokhber, Naib Presiden Iran?
Menurut Perlembagaan Iran, dalam kes kematian atau ketidakupayaan Presiden, Naib Presiden pertama akan mengambil alih.
Harga bahan ruji, barang keperluan pengguna mungkin naik disebabkan kos operasi tinggi - Maybank IB
Maybank IB tidak menolak kemungkinan berlakunya kenaikan harga bahan ruji serta barang keperluan kesan daripada peningkatan kos pengeluaran dan operasi.
Trend harga di Malaysia makin mahal - Inflasi, indeks harga pengeluar naik pada Feb dan Mac - DOSM
Trend harga di Malaysia memperlihatkan peningkatan inflasi 1.8% pada Februari 2024 selepas tiga bulan berturut-turut dilaporkan pada kadar 1.5 peratus.
PM arah menteri turun padang tinjau harga, kuantiti barang menjelang Aidilfitri - Fahmi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua menteri agar turun padang untuk melihat sendiri keadaan semasa termasuk isu berkaitan harga dan kuantiti barang keperluan di pasaran.
Bekalan cukup pengaruhi kestabilan harga - Armizan Ali
Pelbagai elemen diambil kira dalam menentukan harga barangan termasuk ketersediaan bekalan di pasaran yang akan mempengaruhi kestabilan harga.
Kadar baharu SST: Peniaga berperanan tentukan harga - Pakar
Pemerhatian mendapati ada peningkatan harga namun tidak melibatkan semua jenis barang.
Rakyat jimat RM27.8 juta melalui Jualan Agro Madani
Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, penjimatan itu melibatkan kira-kira 11.6 juta rakyat yang berbelanja di jualan tersebut.
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Kerjasama semua pihak perlu untuk capai sifar kemiskinan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyeru semua pihak agar bekerjasama dalam memobilisasi usaha bagi memastikan kemiskinan benar-benar dapat disifarkan dan tidak dibebankan ke atas kerajaan.
Jawatankuasa khas fokus seragam harga barang di Sabah, Sarawak, Labuan
KPDN akan menjadi urus setia bagi jawatankuasa khas itu yang turut melibatkan kementerian lain serta wakil daripada kerajaan Sarawak, Sabah dan Perbadanan Labuan.
Belanjawan 2024: RM200 juta bagi inisiatif Payung Rahmah cerminkan usaha kerajaan bantu rakyat
Inisiatif Payung Rahmah amat membantu masyarakat khususnya golongan kurang berkemampuan mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih murah.